Salam semua.
Sempena awal tahun 2014 ni aku ada azam baru iaitu membantu orang yang kurang berkemampuan. Alhamdulillah niat aku dipermudahkan oleh Allah, pada awal Januari ini hati aku tertarik dengan satu artikel dari blog http://zunairahghani.blogspot.com berkenaan murid sekolah rendah yang mahu membayar yuran sekolah dgn duit syiling tapi tak cukup. Untuk lebih detail sila lah click link tersebut.
Dipendekkan cerita, jadinya aku telah membuat satu gerakan mengumpul donation untuk adik khatijah dan syafiqah ni, dua orang murid sekolah yang dirasakan layak utk dikategorikan sebagai miskin tegar. Untuk permulaan aku cuma buat dikalangan rakan-rakan sekerja dan rakan sewaktu di universiti dulu.
Alhamdulillah.
Awalnya perancangan aku cuma berskala kecil, dengan assumption seorang donate Rm10-20, dengan cuma target seramai 20 orang, aku akan dapat sumbangkan RM200-400 kpd keluarga ini. Tapi dengan kuasa Allah, aku dapat kumpulkan lebih dari jumlah tersebut. Alhamdulillah.
Jadinya di bawah ni aku attachkan gambar sebagai tatapan korang yang bahawasanya rakyat Malaysia masih ramai yang miskin tegar dan keduanya rakyat Malaysia ramai yang prihatin.
Alhamdulillah..kebetulan semasa aku nak hand over duit sumbangan tu, terdapat badan-badan NGO yang turut serta mengadakan majlis khas utk adik-adik ni. Siap ada group-group kereta datang secara berkumpulan, semuanya membawa sumbangan masing-masing. Alhamdulillah aku berjaya berjumpa secara personal dengan adik khatijah dan syafiqah. Duit sumbangan tu aku directly bagi ke penjaga mereka a.k.a. atuk kepada adik khatijah.
Aku turut sempat bertanya kepada person in charge majlis tersebut sama ada wakil rakyat turun ke padang atau tidak, alhamdulillah mereka turun. walaupun hanya selepas cerita ini tersebar luas melalui blog dan facebok. Its better late than never.
Jadi nya selepas tu, aku termenung ke arah rumah-rumah flat disitu, kanak-kanak yang bermain di situ, aku terfikir macam mana tergamaknye orang-orang atasan terutamanya ahli politik boleh hidup senang lenang di rumah besar masing-masing, tanpa menghiraukan orang-orang yang macam ini??
Macam mana apabila ditanya tentang kenaikan harga barang dan lain-lain, mereka menjawab "Sampai bila nak harapkan kerajaan, think positif, usaha lagi, kalau sekarang buat satu kerja, buat dua atau tiga kerja, melayu kena majukan diri bla bla bla bla"
Cuba fikirkan balik, kalau nak sekolah pun tak mampu, peluang apa lagi yang diorang ada?
Sekian.
No comments:
Post a Comment