Kepala manusia kadang2 mmg sgt keras. lebih keras daripada batu konkrit, batu bata, batu simen, batu nisan, asbestos dan lain2. Ye, ade sesetengah org boleh memecahkan batu dgn kepala beliau. Tapi di sini bukan itu yg ingin di-highlight-kan oleh aku.
Apa yg ingin di-sepotlight-kan disini ialah manusia yg tak boleh nak dgr pendapat org. Dia jela yg betol. Ilmu dia jela yg betol. Accurate gila.Dan ingin aku men-teleskop-kan di sini ialah sbnrnye, aku ade seorang kenalan yang pada pendapat aku, dia suka menunjuk2 ilmu dia. Tapi dia ni more kepada ilmu agama. Dia nk tunjuk yg dia berilmu agama.
Yer mmg bagus dia mendalami ilmu sedalam2 nya. kira pokok pangkal hal2 agama dia tere la. Tapi sygnye, niat dia slh. Dia belajar2 semua tu supaya org sekeliling kagum dgn kepandaian dia berdebat dlm hal2 agama. sampaikan dia menganggap pendapat ulama2 pun tak boleh pakai. Only alquran dan assunnah!!
Buat si polan,
Member aku budak sekolah pondok pun cakap yang kite takleh simply2 translate bahasa arab alquran or hadis tu kpd melayu ikut kepale otak kite je. Sebab tu adanya ilmu tafsir. Sedangkan kita baru nk menyelami bahasa arab. dah faham sikit, mula berlagak boleh tafsir alquran sampaikan bila bercakap pasal hukum hakam agama je, "Takde tulis dlm alquran pun, takde dalam sunnah pun!". Ulama tu dah mmg asal2 arab, belajar lagi ber ploh2 tahun, warak pulak tu..kau nak ckp dia salah dan kau betul??
Yang aku tak boleh blah, aku pernah berdebat dgn dia pasal rokok. Kat Malaysia dah difatwakan rokok itu haram. But dia still mempertahankan rokok itu mubah (tengah2 antara halal dan haram). Bagi aku, rokok itu mubah kalau asap rokok tu tak disedut oleh orang lain dan seterusnya tidak memudaratkan mereka dr pelbagai aspek. Realitinyer...ape cer??? ko isap rokok bukan kat public plak?? SUMPAH MEMUDARATKAN ORANG LAIN. dan dia ckp kalo kita meletakkan hukum haram merokok, maksudnya kita dah tambah hukum dlm Islam sedangkan Islam itu dah sempurna. Jadi, tahniah, anda murtad. Gila ke apa suka2 menjatuhkan hukum murtad kpd org lain??
Tolonglah. Bila orang lain buat tu buat ni kau cakap dosa, haram, murtad. Bila kau punya turn, ko taknak terima? sedangkan sudah terang lagikan ber-sepotlight? kau ni menegakkan agama Islam ke menegakkan diri kau je??
Sekian, berlapang dadalah utk menerima pendapat org lain.
No comments:
Post a Comment