Thursday, April 21, 2011

Cara pilih durian mengikut undang-undang kerajaan



"sleeping cat" durian
Hari ini tiba-tiba awek aku nak makan durian.


Ok.Sebenarnye dah lame beliau nak makan.cume aku yang tahan dia tak bagi makan sebab durian kat shah alam ni agak kurang ajar harga nya.


oleh kerana terlampau mahu makan, aku pun decide untuk makan juga. lalu pergi ke abang penjual durian tersebut.



aku diberi pilihan tentang beberapa jenis durian. ada yang rm8 sekilo, rm12 sekilo dan rm15(xsalah) sekilo.


oleh kerana aku dihasut oleh unsur-unsur ketiadaan duit dihujung semester, aku pun memilih yang rm8 sekilo. setelah ditimbang, rm15 sebiji. dan makan.


malang tidak berbau (walaupun durian itu berbau), sumpah tak puas aku makan. tak sedap dan isi tak tebal. 


lalu untuk seken round, aku mengambil yang rm12 sekilo.juga rm15 sebiji.


kali ini lebih puas hati dan lebih enak ranum rasanya.tebal lak tu,berebut aku dgn awek aku nak makan seulas durian yang ada satu je kat sepangsa durian itu. (tak salah aku durian kucing tido orang panggil)


dan memang agak mahal tahap kurang ajar lah harga durian tersebut.2 biji durian rm30.kalau di johor ni aku dapat makan seguni durian dah ni.


di atas kejadian yang berlaku tadi, aku mengambil iktibar bahawa aku mesti menuntut ilmu "durian prediction" atau dalam bahasanya teknik pemilihan durian. baru lah berbaloi beli mahal-mahal.


jadi aku telah membuat beberapa kajian dan ini hasil nya.


antara cara memilih durian yang betul:


1. Lihat kulitnya


Memang lah orang cakap "Dont judge a book by it's cover". tapi dalam kes durian mesti tengok cover dia. kalo nampak cam ada tompok hitam atau kemik atau nampak macam bekas gigitan haiwan atau nampak merekah, jangan pilih yang kategori sebegini kerana ianya telah di kenalpasti sebagai durian yang tidak elok (not-so-good durian) :p


2. Goncang durian tersebut


Goncang dengan berhemah.jangan kau ingat kau boleh goncang sesuki hati kau saje.kang tak pasal terpelanting ke muka pakcik bermisai tebal dan berbadan tegap disebelah kau tu. nahas. kalau isi durian tu sudah lembik dan melekat, tak akan ada rasa gegaran kecil di dalam durian tersebut. maka durian ini kurang elok. so cari lah durian yang bila kita goncang, dia ada getar sikit2. means, isi durian tu kering dan tidak melekit2. 


3.Tengok tangkai


Ini aku ade terbaca kat beberapa blog. tangkai durian akan start mengecut apabila gugur dari pokok beliau. jadi pilih buah durian yang tangkai tak terlampau kecut/kering, or cuba gores sikit, kalo nampak mcm hijau lagi or berlendir, durian itu masih bagus. pilih yang ini.


4. Usha duri


Orang cakap kalau durian tu bagus, duri dia akan jarang-jarang dan tumpul. dari segi saintifik nya aku tak dapat nak explain. mungkin orang cakap berdasarkan pengalaman.


5. Buka sebelum beli


Ni paling senang. penjual zaman sekarang dah bagus dah.siap bukak kan sikit tengok dalam ok ke tak.kalo tak ok die bukak yang lain. ikut budi bicara si penjual lah senang cakap.




p/s: Lepas makan jangan kentut bersepah.sangat kurang ajar tahu.

4 comments:

irwanmiswan said...

aku tak kesah ape jenis durian...yang penting free....ngeeee

Unknown said...

hehe beruntung kite kat johor durian murah..kat sini mahal

mOon EyEzS said...

suka durian yang isinya pahit2 sket..mOon x pndai lgsg pilih durian...mkn durian pn kalo tingin sgt...yOp!kalo kentut pas mkn durian xpe lg yOp...jgn sendawa bersepah dlm keta yang b'ekOn tu...heehheheh...

jOm ziarah & kOmen @tentangboolan.blogspot jOm!

Unknown said...

hahaha tahu takpe!

thanx moon! follow my blog jugak kay :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...