Isu penggunaaan istilah 'ayahanda' dalam filem arahan samsul yusof, 'KL gangster', sememangnya mencuri perhatian ramai. Yang aku peliknya, kenapa sesetengah persatuan itu perlu melenting? Adakah perkataan 'ayahanda' tersebut, mereka yang wujudkan dalam kamus dewanbahasa? Sampaikan mereka menuntut pihak-pihak tertentu meminta maaf secara terbuka? Siap bagi tempoh 10 hari? Dah macam gangster betol dah aku tengok. Padahal, mereka mendakwa mereka merupakan institusi yang memperjuangkan orang melayu. Hampeh.
Kewujudan kumpulan ini memang sejak dari zaman aku bersekolah lagi aku dah tahu dari kawan-kawan. Kononnya mereka ni ada kod-kod tertentu. Cara bersalam pun ada caranya. Tapi malangnya, aku mengenali kumpulan ni bukan sebagai pembela nasib melayu, tapi sebagai kumpulan kaki pukul yang banyak 'mengenakan' orang melayu. Apa sudah terjadi?
Bila tengok melodi tadi, ada kupasan pasal isu ni, Dato Yusof Haslam dan 'ayahanda' tersebut berjumpa dalam satu media pres, dan dato sanggup meminta maaf walaupun pada mulanya dia berkeras tidak akan meminta maaf. Aku puji sikap dato kerana bersikap profesional. Bukan sebab dia bersalah, cuma dia taknak panjang lebarkan isu remeh macam tu. Tapi, aku malu dengan sikap sesetengah orang yang berbangsa melayu. Kononnya berpuashati sebab pihak produser dah mintak maaf. Puii.
Kenapa orang melayu cuma gah dalam bidang-bidang gangster macam ni? Kalau bab gaduh-gaduh, memang melayu nombor satu. Kalau bab dengki-dengki ni, memang paling terer sekali. Kadang-kadang bila tengok macam tu, rasa malu dengan bangsa lain.
Kemon lah bangsa melayu. Banyak benda yang perlu kita lentingkan, tapi kita tak endah. Benda yang tak perlu kita lentingkan, di perbesar-besarkan bagai nak rak. Cukuplah melayu dikenali sebagai bangsa pemalas, pendengki, kurang bijak. Berubahlah.
No comments:
Post a Comment