Hobi. Setiap orang ada hobi masing-masing. Uniknya hobi ni, ia boleh menjadi identiti bagi kita. Contoh? Macam kalau korang suka tangkap gambar. Orang akan panggil korang budak photographer. Kalau korang minat swim, budak swim itu akan menjadi identiti korang. Kalau korang minat motor, korang jugak akan digelar mat motor. Sama juga kalau korang minat hiking, maka, korang akan terkategori sebagai budak hiking secara automatik. Senang cerita, hobi boleh melambangkan diri anda.
Aku bagi korang satu situasi. Malam semalam aku pergi ke uptown shah alam bersama beberapa orang rakan. Niat memang nak jalan-jalan. Bosan duduk rumah. Bila sampai sana, sorang kawan aku ni asyik usha barang2 hiking. Nak heran apa, name pon budak hiking. Contoh, cam bag deuter, northface la ape bagai. Yang lagi sorang pulak, suka usha barang2 swim, cam swimsuit or sluar yang ala2 cam legging tu. Kiranya usha ikut interest masing2 la. Aku pun ikut tumpang enjoy diorang punya minat masing2. Seronok ambil tahu benda2 yang kita tak tahu.
Tiba-tiba aku terfikir, aku ni budak apa?? Aku ni takde specialized ke? budak belajar? Oh tidak. Budak game? Walaupun agak benar, tapi tak jugak. Blogger boy? Pun tak jugak. Aku bukan update selalu. Follower pun ciput. Tak rajin blogwalking. Jadi, apakah aku? Siapakah aku? Adakah aku masih mencari identiti sendiri?
Jap2....biar aku remind balik ape aku buat tiap-tiap hari.
Pagi, pergi kerja kol9. Balik kerja kol6 petang. Balik kerja kadang-kadang aku bersukan. Joging. Takpun badminton depan umah. Takpun men timbang2 bola sorang-sorang. Kalau sume2 tu aku tak buat, maksudnya aku online jelah. Waktu maghrib kadang-kadang pergi surau. Tapi mostly kat rumah je. Pastu dinner, sama ada masak or makan luar. Siap dinner, online. Kalau habis bosan pun, main game. Pastu layan lagu ke movie ke, then tido. Dan berlaku repetasi perkara-perkara yang disebutkan di atas. Thats all.
Weekend? Memang takde aktiviti. Tengok movie. Bosan nak mampus.
Jadi siapakah aku? Aku membuat kesimpulan, aku adalah diri aku. Tak perlu menjadi seseorang yang lain. Tak perlu involve sana, involve sini, demi mencari sesebuah identiti. Biar ianya berlaku secara neutrally. Yes, aku seorang budak neutral. Sekian.
2 comments:
aku budak blogger, twitter.. pe lg erk.. hahahhaa..
hahaha ko mmg budak blogger...aku xlayak lagi...huhuhuhuu
Post a Comment