Kawan serumah yang menjengkelkan sememangnya menganggu keharmonian rumah tidak bertangga(tak kahwin lagi) kita. Lebih-lebih lagi kalau jenis yang tak paham bahasa, ataupun memang buat-buat tak paham. Memang sangat menyakitkan hati. Bongok.
Adapun yang jenis-jenis ini memang seringkali menyusahkan kehidupan seharian kita. Dalam kes aku ni, aku nak meng-highlight-kan kisah seorang unknown yang gemar menghabiskan air sejuk aku di icebox.
Ok. Sejak aku berpraktikal a.k.a. kerja sementara ni aku menyedari yang aku perlukan air sejuk sebaik sahaja aku pulang bekerja. Yelah, penat kan. Oleh itu sebagai inisiatif aku pun menyejukkan air di dalam icebox.
Tapi malangnya, niat murni aku dihampakan. Ade celaka mana ntah yang suka mengosongkan bekas air aku. Memang sangat kurang ajar. Bongok. Dah minum isi la balik. Yer, budak universiti pun kadang-kadang bangang.
Aku tak kisah kau minum. Asalkan kau isi balik. Simple. Jangan lah jadi bangang sangat suke-suke hati mak bapak kau je kau nak minum pastu tinggal kosong. Bangang. Nak jadi bangang pun, jadi lah bangang sorang-sorang. Tak payah menyusahkan orang lain.
Benda ni aku dah sound secara soft di FB. General, random dan berbudi bahasa. Takde kasar-kasar. Sebab aku tak tahu sape punya angkara. Tapi, lagi malangnya, makin menjadi. Yelah, kalau dah memang sikap kurang ajar, makin ditegur makin dibuat.
Kenapa kurang sensitivity?? Tidak bertimbang rasa, kurang ajar dan sebagainya? Adakah memang dilahirkan bodoh secara semulajadi?
Bila barang-barang kau orang lain sentuh, kau tahu marah. Bila orang lain guna hak kau, tahu kau erti sebuah ketidakpuashatian. Jadi, ada baiknya jika kau faham bagaimana untuk menjaga hati orang lain, kalau kau taknak orang lain buat macamtu kat kau.
Sekian, puashati menyumpah di blog sendiri...
No comments:
Post a Comment