Sekadar selingan.
Suka hati anda lah nak pakai baju kuning ke oren ke. Terpulang. Masing-masing punya pendapat. Cuma jangan menyusahkan orang lain, sudah. Boleh?
Apa nak buat bila gaduh dengan pasangan anda? Apakah langkah-langkah paling bijak apabila berhadapan situasi seperti ini?
Ada sesetengah orang, ambil langkah mudah. Clash. Cerai. Selesai masalah. Tahukan anda cara ini kurang bijak? Sebabnya, akibat selepas itu lebih parah dan menusuk kalbu.
Bagi aku, cara lebih bijak ialah, bagi ruang untuk kita dan pasangan kita berfikir. Maksud, kalau kita bergaduh, berhenti contact each other buat sementara. Tak kira la sms ke mms ke call ke video call ke. Tapi jangan lama. Cukup la beberapa minit, just untuk redakan kemarahan yang membuak-buak tu. Faham?
Pasal apa? Kalau kita tengah marah, and still sambung berkomunikasi, akan berlaku tuduhan/makian antara satu sama lain secara continuosly, secara tak langsung akan membuatkan keadaan lebih teruk. Worst. Last-last, berlaku perkara yang tidak diingini.
Marah bebenor gamaknye. |
Lagi satu, latihlah diri kita untuk memaafkan. Jangan nak keras kepala sangat. Batu. Tak payah nak poyo-poyo egois la. Kalau tengah marah, ingat satu petua. Tarik nafas panjang-panjang. Cuba untuk senyum. Ini bukan teknik yoga Sai Baba. Jangan risau.
Lepas dah tenang, cubalah untuk pujuk pasangan anda. Tak kira lah anda lelaki ke perempuan ke. Tak salah memujuk, kan? Tak payah la nak cakap "Pliss...pujuk memujuk ni orang laki punya peranan..". Macam bodoh pemikiran. Kena tinggal, padan muka kau.
Yang aku selalu amalkan, tido. Yer, tido merupakan the best temporary problem solver. Bagi aku lah. Pasal aku lepas bangun tido je, dah lupa apa yang digaduhkan sebelum ni. Tak pun, buat-buat lupa. Apedehal. Semalam, semalam punya cerita la =p
Paling penting, terima pasangan anda seadanya. Fahami dirinya. Kalau anda berjaya melakukan ini, Insyaallah ape pun yang berlaku, dapat diatasi.
Sekian, doktor cinta tidak bertauliah memberi pandangan. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment