Thursday, July 14, 2011

Jom jawab teka-teki !!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia Bersih (??) 


Ok. Bagi sesiapa yang rasa dia banyak makan tempe, rasa cerdik, pintar, tere dan boleh jawab sudoku dalam masa seminit, silalah jawab teka-teki ini.
-
-
-
-
-
Pak abu (kenapa mesti nama abu??) merupakan seorang pengembara. Pada suatu hari, isterinya yang mengandung, mengidam makan daging harimau. Senget-senget kepala Pak Abu memikirkan bagaimana hendak mendapatkan daging harimau. Namun, dituruti jua. Lalu, dalam masa empat hari, Pak Abu pun mendapatkan daging harimau. Gembiralah si isteri mendapat daging tersebut.


Walaubagaimanapun, akan tetapi, selang empat hari kemudian, si isteri mengidam lagi. Kali ini daging gajah pula. Sekali lagi, membanting tulanglah Pak Abu mendapatkan daging gajah. Juga dalam masa empat hari. Ketika itu isterinya sudah sarat mengandung.


Saat yang ditunggu-tunggu, empat hari kemudian, si isteri pun melahirkan anaknya. Comel dan tembam anaknya. "Tak sia-sia aku cari daging harimau dan gajah tempoh hari" cetus Pak Abu. Lantas menamakan anak nya itu HadiJah.


Persoalannya, mengapakah Pak Abu memberi nama anaknya HadiJah?

10 comments:

Fadzlina Nawawi said...

hadijah..erm,...ha=harimau...jah=gajah..yang di tu..tak de ideaaa

z u L said...

erm....salah2....hehe ;p

Miss Volvo said...

hadijah nama bekas ex gelfre pak abu haha!

z u L said...

erk...pulak. bukan!

Dhiya Fariza said...

sebabnya anaknya perempuan?

cik_azie said...

jwpnnya sebab anak dia perempuan..hadijah kan nama perempuan..yayy hadiah???

z u L said...

waa we got genius here....btol tu dhiya...sebab anak dia perempuan..bukan sebab harimau ke gajah ke...hehehe

z u L said...

yer..cik azie pun betol....tahniah2...hadiah?? pakej senyum sorang2 selama 2hari 2malam...heeee =)

shaleen said...

ler jwpn mcm tu je ke?

z u L said...

ye nmpknye jwpan nye camtu lah..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...