Tuesday, July 26, 2011

Kadangkala perkara tercantik di dunia tidak boleh dipegang dan dilihat


Sepasang suami isteri berjalan disebuah tasik yang indah. Kemudian mereka pun berhenti di sebuah bangku yang telah tersedia. Lantas si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka :
Isteri : Apakah sebab abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? 
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, tetapi percayalah abang memang menyayangi dan mencintai sayang. Ia sukar untuk diceritakan dan digambarkan.
Isteri : Mengapa abang tak boleh terangkan sebabnya? Mustahillah bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak tahu sebabnya.
Suami : Betul, abang sendiri pun tak tahu sebabnya. Tetapi abang  boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang. Abang akan usahakan untuk membuktikannya.
Isteri : Tidak, saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Tahu tak saya cemburu melihat  kawan-kawan saya yang lain. Mereka mempunyai suami, semuanya tahu mengapa mereka dicintai. Tetapi abang pula tidak boleh terangkan sebabnya. 
Si suami menarik nafas panjang dan berkata:
“Baiklah, dengar ini. Abang mencintai sayang sebab paras rupa sayang menarik dan lawa, sayang mempunyai suara yang lunak dan lembut, penyayang dan paling penting sayang selalu mengingati abang. Abang suka melihat sayang senyum sebab ianya sangat manis dan abang sukakan setiap tapak sayang melangkah. Itulah cinta abang.”
Si isteri tersenyum riang mendengar jawapan tersebut. Dia sangat berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Hasratnya berjaya. Hendak dijadikan cerita, selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan. Kemalangan tersebut telah menyebabkan sang isteri koma dan terlantar di hospital.
Si suami sangat bersedih. Lantas ditarik sehelai kertas untuk dicoretkan sepucuk surat kepada isterinya. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital yang sedang terlantar koma.
“Sayangku, jika disebabkan suara aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu lagi? Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu lagi.Jika disebabkan setiap langkahan aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintai mu. Wahai sayangku,jika cinta memerlukan sebab, kini bermaksud aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Kasihku, adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, dan isnyaAllah selamanya dan cintaku tidak perlu ada sebab. Ketahuilah cinta merupakan perkara  yang cantik dan baik. Kadangkala benda yang cantik dan baik di dunia tidak boleh dilihat, tidak boleh dipegang dan tidak mempunyai sebab. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

*copy paste dari BLOG ini.

4 comments:

Dhiya Fariza said...

never get bored reading this story over and over again :)

Unknown said...

hehe pernah tanya bf camtu lah tu ;p

Ayu Ayunie said...

sweetnya.. salam kenal.. baru nak carik kenalan.. follloww..

Unknown said...

thanx ayu ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...