Thursday, July 7, 2011

Yang penting, Hati !

Di tempat aku bekerja, aku selalu melihat para pekerja kontraktor binaan yang rata-rata sudah berumur. Tapi, mereka mampu membuat kerja-kerja berat seperti menukang dan sebagainya. Memerah kederat yang aku pun tak pasti berbaloi atau tidak bayarannya. Kasihan aku tengok seorang pakcik yang agak sudah tua sibuk menukang kayu di bawah terik matahari.

Lalu aku berfikir, orang lain duduk bersenang lenang dihujani udara 'air-cond', goyang kaki di pejabat, mampu mendapat pendapatan lebih dari kerja berat yang pakcik tu buat. Betapa tidak adilnya nasib yang menimpa pakcik itu. Kuat hati aku bertanya, cukup ke gaji pakcik ni nak menampung keluarga beliau?

Lalu pada waktu rehat, aku pun menegur pakcik tu "Pakcik, larat lagi eh buat kerja.. Apa rahsia?"

Dan pakcik itu menjawab "Hati. Yang penting, hati.."

Huh,Hati?

Lalu aku perhatikan lagi cara pakcik itu bekerja. Langsung tiada tanda-tanda merungut. Padahal cuaca panas dan kerja yang dilakukan memang berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Tiba waktu solat, aku pun pergi ke surau berhampiran. Aku ternampak pakcik tadi sedang solat sendirian. Solat tepat pada waktunya. Apabila habis solat, pakcik itu menegur aku, "Bagus, muda-muda lagi dah jaga solat..ingat, di dunia ini jasad kita tubuh, di akhirat nanti jasad kita roh kita..macam tubuh kita, kita perlu makan..untuk roh kita perlu ibadah" katanya sambil menunjukkan tubuh beliau yang kurus dan berkedut.

Tiba-tiba aku seakan faham akan maksud dia sebentar tadi... Ya,Syukur.. Itulah yang penting. Walaupun kita nampak macam pekerjaan pakcik ni takkan cukup untuk hidup pada zaman sekarang, tapi atas dasar kesyukuran, beliau langsung tak risau pasal tu semua. Sebab beliau yakin, Allah akan menolong hambanya yang bersyukur.

Dan, ikhlas. Sifat ikhlas yang menyebabkan dia mampu untuk menunaikan tanggungjawab beliau untuk menyara hidup. Ikhlas menyebabkan dia langsung tidak merungut dengan ketidakadilan yang menimpa dirinya. Malah, dia mampu untuk bersyukur.

Apabila aku fikir kembali, adakah aku mampu bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini? Apakah keikhlasan wujud dalam hati aku?

Sama-sama kita fikirkan sejenak..

4 comments:

Fadzlina Nawawi said...

Rohani memerlukan makanana iaitu dengan menimba ilmu,hukum hakam ALLAH..sedih bila baca entry ini..membawa manfaat..=_)

mOon EyEzS said...

...duit nih makin dicari makin x cukup.....syukur je dgn apa yg dapat....

waaaa....kamu dah tuko muka jadi trnsfOrmer...

Unknown said...

fadzlina - thanx..semoga kite same2 ambil pengajaran =)

Unknown said...

moon - btol kan? aha..muka tak hensem, transpome lagi hensem XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...