Hai. Korang apa cerita? Oh lupa kasi tahu. Aku dah berkahwin dgn pilihan hati bulan mac yang lepas. Gaya aku cerita macam ada orang nak amek tahu pasal aku.kakaka.
Ok. Now.
Sekarang ni mesti korang ingat aku nak sembang pasal institusi kekeluargaan kan? Tak sebenarnya. Main topik aku ialah kucing aku. Kucing aku ni namanya Yomi (sempena gwiyomi yang acah acah comel tu). Kucing aku adalah seekor kucing yang maveles dan gojes. Pasal apa?
1. Dia pandai kejut waktu subuh
Uniknya yomi ni dia pandai ketuk pintu bilik aku bila waktu subuh. Mcm mana dia tahu dah subuh ke belom tu aku pun sendiri musykil. Aku syak dia dengar azan. Tapi kalau sebelum subuh dia mmg tak kacau. Memang nais.
2. Kucing yang penyabar.
Sesetengah kucing tak suka kalau kite over-belai dia. Ceh apesal ayat aku mcm dokumentari kucing pulak ni.Siyul. Ok. Yomi ni pulak aku memang la sangat suka membuli dia dgn belaian yang agresif. Dan aku suka training dia berjalan pakai dua kaki mcm manusia. Punya la sabar yomi ni dia tak marah atau cakar atau gigit pun bila aku buli dia. Cumanya dia buat muka malas nak layan jelah.
3. Mesra alam.
Yomi sebenarnya dulu aku kutip tepi jalan je. Yer, aku nasihatkan korang baik korang bela kucing jalanan sebabnya diorang lah yang lebih memerlukan kebaikan hati korang berbanding kucing mahal yang dah tentu tuan kedai tu bagi makan sedap2. Berbalik kepada yomi, bila mana aku kutip kucing lain balik ke rumah, dia akan immediately berbaik dgn kucing tersebut. Biasanya ada kucing yang garang dgn kucing foreigner.
Haaa awesome tak kucing aku? Laa ni dia tgh ketuk2 pintu bilik aku nak masuk bilik. Boring la tu kat luar.
Sebelum aku blah aku nak letak gambau si yomi tu kat sini tapi masalahnye aku berblog kat henpon je ni ha.tak reti pulak nak attach gambau. Next time je ah.
K adiosss muchachossss ~~~~
No comments:
Post a Comment