Monday, April 18, 2011

manusia sentiasa berubah




pernah tak korang dapat kritikan tepek dari kawan-kawan korang macam ni "kau dah berubah la" atau "dulu kau tak macam ni" atau "aku tak suka kau macam ni" dan lain-lain.



ok.


dalam kehidupan kita akan melalui pelbagai pengalaman hidup yang sedikit sebanyak akan merubah persepsi,prinsip dan falsafah diri kita. ingat tak dulu masa kecik2, cikgu akan tanya "korang dah besar nanti nak jadi apa??" lalu semua menjerit


"doktor!!"     "cikgu!!"     "angkasawan!!"    


dan aku ingat lagi masa aku darjah satu, ciku zubaidah (tak silap) tanya aku "apa itu jurutera?" dan dengan selamba dan sangat yakin nya aku menjawab "orang yang memandu kapal terbang" dan cikgu pun menulis sesuatu di kertas markah.


ok.cikgu pun sebenarnya tak tahu jawapan sebenar.sebab sekarang aku yang ambil jurusan ijazah kejuruteraan kimia pun tak dapat memberikan definisi tepat tentang apa itu jurutera.


tapi bila umur kita semakin meningkat,kenal apa itu realiti, apa itu ekonomi, apa itu politik, apa itu kehidupan,apa itu cinta dan setelah kita memahami apa yang perlu dan apakah prosedur untuk mencapai level pekerjaan tersebut, cuba kita fikirkan balik jawapn yang kita bagi dulu


"doktor??adeh.orang yang bijak pandai bolehlah.tak bijak pun takpe,asalkan rajin baca buku sampai pandai"


"cikgu??hello.gaji tak setimpal bebanan lah.serabut lebih.segan lah jadi cikgu je"


"angkasawan?? setakat ni malaysia pon baru ade 1 angakasawan yang berjaya ke ruang angkasa.tu pun ade kontroversi penipuan kononnye video edit je.tak pergi betol2 pon."


nampak tak??persepsi kita akan berubah, daripada impian kanak-kanak itu, kepada yang lebih realistik; something yang kita mampu capai atau yang kita minat atau yang kita tahu pekerjaan itu mampu memberi masa depan yang cerah buat kita.


bukan sahaja dari bidang kerja, malahan dari pelbagai aspek seperti perihal perangai, tahap kematangan, personaliti, pelbagai perubahan akan berlaku dalam diri kita tanpa kita sedari atau memang kita sedar atau dalam keadaan separa sedar atau buat-buat tak sedar atau tak nak mengaku kita sedar.


sebagai kesimpulannya, manusia memang berubah.dan jangan anggap perubahan itu semuanya buruk.dan jangan anggap anda yang tidak berubah itu betul. dan kadang-kadang orang yang berubah itu berubah bersebab.yang anda tidak mungkin tahu. sama ada perubahan ke arah negatif atau ke arah positif, Allah lebih mengetahui. tafsiran akal manusia hanya akan lebih menimbulkan fitnah dan kata-kata yang hanya takat level manusia mampu berfikir.sedangkan kebenaran itu, Allah lebih mengetahui.




p/s: walau berubah mana pun seseorang itu, terima lah mereka seadanya.kerana kita juga tidak sempurna.

4 comments:

Cik Semut... said...

anda sudah berubah..heeee...

Unknown said...

berubah ape mok?

Cik Semut... said...

perut anda..heheh=p

Unknown said...

zzz perut anda pun tidak kurang nye kan??haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...