Antara ungkapan yang aku selalu dengar kat TV.
Aku? Tak pernah. Bukan sebab tak nak, tapi sebab aku malu. Malu di cop anak mak, malu di cop sebagai anak manja. Dan aku memang bukan jenis macam tu dari kecil lagi. Bukan jenis manja dengan mak. Tapi aku tetap punya perasaan sayangkan mak.
Mak,
Walaupun abg (nama manja kat rumah) jarang call mak, call bila duit dah abis je (hehe)..dan selalu sakitkan hati mak. Tapi percaya lah di jauh sudut hati abg, abg sgt sayangkan mak. Cuma, I dont know how to express it.
Arghh dah macam diari budak perempuan sekolah rendah. Damn. Takpe, just this once. Khas untuk ibu tersayang. Walaupun abg tahu mak tak kan terbace pun blog ni, takpe lah..one day dengan kuasa Allah, mak will know how I love u mak.
Dulu masa aku kecik2, mak selalu cakap yang aku ni anak spesel. Sebab aku ni lahir songsang. Keluar kaki dulu. Aku pun mase tu rasa macam bangga lah sebab lain dari yang lain. Haha. Tapi sekarang baru aku faham, mak anggap aku special mungkin sebab aku lah anak dia yang paling susah dia nak lahirkan. Risiko anak songsang ni tinggi setahu aku. Kalau doktor wat mistake, leh permanent disable aku jadi nya.
Mungkin sebab tu lah mak macam lebihkan aku dari adik beradik lain walaupun aku ni jenis tak manja. Sangat. Aku memang tak manja langsung. Tapi tak tahu lah, mungkin sebab setiap mak mesti ada kenangan dengan anak2 dia yang hanya dia je tahu.
Dan mak cakap masa kecik2 aku lah anak dia yang paling tak nak dihantar ke rumah pengasuh. Menangis tarik2 tudung mak. Mak nak pergi mengajar sekolah pun susah. Dan aku super nakal. Kalu tetamu datang, mak hidangkan air, aku yang minum air tu. Wat malu kat orang ja. Haha.
Hmm..Dewasa kini (cehh ayat)..yang latest ni, mak mesej aku sempena besday aku bulan Mac yang lepas, "Slmt Hari lahir yg ke 22. Semoga menjadi permata yang menyinari mak dan keluarga."
I will never forget this.
Terima kasih kerana menjadi mak yang sangat penyayang kepada diri ini. SELAMAT HARI IBU.
Mak dan ayah |
8 comments:
selamat ari ibu~~
selamat selamat :)
jenis yg tak manje
sgt ar paling dirindui..
cewahh aha
selamat hari ibu
haha tahu tak pe..ko tahu camne perasan anak tak manja cmne kan?haha
hehe..sweet..selamat hari ibu untuk mak zul..dah besar jangnla nakal2 lagi..
huhu thanx..memang tak nakal dah..budak baik skrg ni :p
egO ni...hehehehe...org laki mmg mcm 2...
huhu ye moon..xbiasa lah..dari kecik mmg cmni..
Post a Comment