Thursday, July 14, 2011

Kenangan aku dan si Puteh...

Yer..Hujan masih renyai-renyai di luar sana..Kalau orang johor panggil gerimis..Kalau kelate pula, hujan rintik-rintik...tak kisah lah, sama je pun semua tu...


Hujan sebegini membuat aku terimbas kembali zaman-zaman kecilku..aku mempunyai seekor kucing yang aku panggil Puteh..Puteh seekor kucing yang aktif dan manja..aku menemuinya di belakang rumah ketika aku menyidai baju..

Peliknya, Puteh seakan-akan menganggap aku tuannya pada kali pertama berjumpa..sangat manja..dan langsung tidak rasa takut kepada aku..sejak dari itu aku akan menunggu Puteh di belakang rumah dan memberinya makan..



Semakin lama, Puteh semakin rapat dengan aku..sehingga duduk di dalam rumah..tapi Puteh tak pernah kencing atau berak di dalam rumah..malah yang aku hairan, Puteh pandai mengejutkan aku bangun tido dengan mengigit telinga aku..setiap kali jam 5 pagi..Itu yang membuatkan aku lebih sayang kepada Puteh..


Malah, pernah satu hari aku sedang menyidai baju, tiba-tiba datang seekor ular yang sederhana besar ke arah aku..aku yang ketika itu masih kecil agak panik dan ketakutan..mujur datang Puteh membelasah anak ular itu sehingga lari anak ular itu menuju ke semak samun..Terima kasih , Puteh..


Tapi suatu hari, ketika aku pulang dari sekolah, dalam suasana hujan renyai-renyai, aku ternampak sebujur tubuh terbaring di depan rumah.. Ya Allah!... Puteh aku lihat kaku tidak bergerak dan buih-buih terkeluar dari mulutnya.. Pada masa itu aku sedar aku telah kehilangan sesuatu yang sangat bermakna bagi aku.. Aku yang masa itu masih kecil mengangis tak henti-henti sampai mak memujuk aku dan ayah pula menanam Puteh di belakang rumah..


Sejak dari hari itu, sampai lah sekarang, bila aku sudah dewasa, kadang kala aku akan teringat Puteh apabila hujan renyai-renyai begini..aku takkan melupakan kau Puteh, walaupun sekarang di rumah aku memang banyak kucing-kucing lain, mereka tak sama dengan kau....




Sekian, cerita Abu kepada Kassim di kedai kopi. Tiada kaitan dgn aku. 
dan sebenarnya aku masih tidak gerak ke tempat kerja kerana hujan ini. Sekian.





2 comments:

Aniz said...

lorrrrr xde kene mengena rupenyer....ceh

Unknown said...

heheheee saja bikin mood pagi-pagi ni..;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...