Monday, June 11, 2012

Habis belajar, kerja, kahwin !

Ok sekarang pukul 3.14 am..

Sambil2 bukak lagu ramlah ram "sesaat kau datang" aku menyambung buat kerja Design Project aku yang tak sudah2. Tensi siot! Tensi!

Buat kerja 1 minit, bukak FB 5 minit keatas. Cmne keje nak siap.

"Ok relax, pelan2 kayuh, copy, paste, copy, paste, copy, paste.......edit." bisik hatiku.

Siap 1 sub topik! yeah like a boss ~


sambil mengigil kegirangan aku baring ke tilam serbaguna aku. merenung ke kipas di siling. Sampai bila aku nk jadi camni? tapi kalau aku dah kerja nanti boleh dpt balik suasana ni ke? tapi lepas kerja, boleh kahwin! tambah desus hatiku nak mengimbangi antara perasaan best dan peraasan tak best. fikir2 pasal kahwin ni aku nak cakap sumthing pasal kahwin..pengalaman sendiri laaa


"Kahwin?? awal lagi laa bro" terngiang2 kata seorang member. "enjoy dulu hidup bujang, dah puas nanti baru laa kahwin..." tambah beliau.

Aku terfikir. ade ke lelaki yang fikir nak kahwin awal cam aku ni? kebanyakannyer nak enjoy2 dulu..mcm2 jenis enjoy lah..tapi bnyk ke arah yang tak baik la..mcm main perempuan (LOL?)..tapi ade je yang ok, baik niatnye..macam nak tlg mak bapak dulu, adik beradik, then baru fikir kahwin sendiri...



Banyak dah aku belek2 belog pasal kahwin muda/kahwin awal...and sepanjang pembacaan aku mmg tak salah laa kalu kahwin awal ni..lagi bagus..ikut ajaran islam, elak dosa berlebihan, lebih cepat matang, lebih bertanggungjawab..antara top reason nape perlu kahwin awal..dan aku mmg sangat2 bersetuju dgn belog2 tersebut, sebab aku pun fikir benda yg sama dan aku pun jenis yang nak kahwin awal.

Tapi tahu tak cabaran terbesar untuk kahwin awal ni? iaitu part nak beritahu parent korang/pasangan korang..part ni mmg lah sgt kerusial (crucial) utk jejaka2 mcm aku ni sebab lelaki yg propose/meminang/dll


Part parent psgn aku, takde hal sebab dia ni orang negeri timur..so agak biasa laa dgn environment kahwin awal ni..tak mcam aku yang berasal dari selatan tanah air ni haaa..kami mmg tak biasa dgn fenomena kahwin awal ni..tu ler maslah terbesar aku..how to explain to my parent..


Pada mule2 aku ckp kt fmily aku psl perkara ni, respon mereka adalah TIDAK bagus. mase tu pun aku agak terkilan dan memberontak dgn kputusan parent aku.tapi orang cakap,usaha tangga kejayaan kan? sabar, tunjuk kesungguhan korang dalam hal ni,dan tunjukkan yg korang dh bersedia menghadapi alam baru yg penuh cabaran iaitu alam perkahwinan..berkat usaha aku, akhirnye mak bapak aku stuju nak adakan pertunangan aku pade Disember ni (insyaallah)..dan kahwin nye tahun depan (insyaallah)..

So, bagi yang ade niat nak kahwin awal tu jangan lah takut2 nak tunaikan keinginan korang tu..pasal benda ni should be benda baik, so sepatutnye takde ape2 masalah besar laa..selagi korang ada usaha..

Sekian itu sahaje luahan hati aku pd tgh2 pagi bute ni..sape2 yang ade pengalaman psl benda ni boleh saje share ;)








2 comments:

CintaZulaikha said...

best tau isteri yang muda, lebey2 lagi bila dah beranak 1...jadi ibu muda..org akan bertambah respek bila kita pandai jaga keluarga kita...:)

sememangnya tak salah kawen muda

Unknown said...

betol tu kak zulaikha, ni mesti pengalman akak sndiri kan?? huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...