Saturday, May 7, 2011

Hari Ibu. Hari mak. Hari mama. Hari mom. Hari hari.

"Selamat hari ibu! Saya syg sgt kat mak! Mak ialah mak terbaik di dunia!!"


Antara ungkapan yang aku selalu dengar kat TV. 


Aku? Tak pernah. Bukan sebab tak nak, tapi sebab aku malu. Malu di cop anak mak, malu di cop sebagai anak manja. Dan aku memang bukan jenis macam tu dari kecil lagi. Bukan jenis manja dengan mak. Tapi aku tetap punya perasaan sayangkan mak.


Mak,


Walaupun abg (nama manja kat rumah) jarang call mak, call bila duit dah abis je (hehe)..dan selalu sakitkan hati mak. Tapi percaya lah di jauh sudut hati abg, abg sgt sayangkan mak. Cuma, I dont know how to express it. 


Arghh dah macam diari budak perempuan sekolah rendah. Damn. Takpe, just this once. Khas untuk ibu tersayang. Walaupun abg tahu mak tak kan terbace pun blog ni, takpe lah..one day dengan kuasa Allah, mak will know how I love u mak.


Dulu masa aku kecik2, mak selalu cakap yang aku ni anak spesel. Sebab aku ni lahir songsang. Keluar kaki dulu. Aku pun mase tu rasa macam bangga lah sebab lain dari yang lain. Haha. Tapi sekarang baru aku faham, mak anggap aku special mungkin sebab aku lah anak dia yang paling susah dia nak lahirkan. Risiko anak songsang ni tinggi setahu aku. Kalau doktor wat mistake, leh permanent disable aku jadi nya.


Mungkin sebab tu lah mak macam lebihkan aku dari adik beradik lain walaupun aku ni jenis tak manja. Sangat. Aku memang tak manja langsung. Tapi tak tahu lah, mungkin sebab setiap mak mesti ada kenangan dengan anak2 dia yang hanya dia je tahu.


Dan mak cakap masa kecik2 aku lah anak dia yang paling tak nak dihantar ke rumah pengasuh. Menangis tarik2 tudung mak. Mak nak pergi mengajar sekolah pun susah. Dan aku super nakal. Kalu tetamu datang, mak hidangkan air, aku yang minum air tu. Wat malu kat orang ja. Haha.


Hmm..Dewasa kini (cehh ayat)..yang latest ni, mak mesej aku sempena besday aku bulan Mac yang lepas, "Slmt Hari lahir yg ke 22. Semoga menjadi permata yang menyinari mak dan keluarga." 


I will never forget this.


Terima kasih kerana menjadi mak yang sangat penyayang kepada diri ini. SELAMAT HARI IBU.
Mak dan ayah

Friday, May 6, 2011

How to make your FB more secure???

Fuhh!!....berakhir jugak musim peperiksaan yang mengusik kalbu ni. Haha hari ni aku nak on9 FB puas-puas! (macam la musim exam tak on9 :p)

Ok cakap pasal FB ni..aku nak bagi tips sikit lah. Macam mane nak tahu kalau ade orang lain buka account FB kita dari komputer lain tanpa kita sedari. In the other means, ade orang hack. Mungkin ramai dah tahu, tapi mungkin ramai jugak yang tak tahu lagi :) Ok sila ikut step-step berikut. 

1. Click ACCOUNT kat atas belah kanan. Click ACCOUNT SETTING.

2. Dalam tab SETTING, clik ACCOUNT SECURITY.

3. Finally, click kat LOGIN NOTIFICATION.

Kalo nak try LOGIN APPROVAL pun boleh. More security tapi lagi leceh la. 

Okeh. Settle. Insya Allah lepas ni, sapa-sapa login FB anda dari unrecognized computer (bukan komputer anda), akan keluar macam di bawah ni dan akan masuk ke email anda. So anda tahu lah yang anda sedang di hack.


 Kalo nak tengok tips ringankan komputer, refer entry sebelum ni.


p/s: INGAT, TIADA APA YANG PRIVASI DI INTERNET :)

Wednesday, May 4, 2011

Stalker yang bermasalah

Mengintai 


Cis. Musim exam menganggu perkembangan blog ini lagi.


Nothing much different than the other weeks. Cuma this week quite busy sebab paper gap tak banyak and paper yang agak killer. But, I have something to highlight here!


Aku ada stalker. Real stalker (bukan follower kat atas yang aku tulis stalker tu). Yang tak best nyer stalker ni lelaki. Damn! (Kalo perempuan aku melompat la jugak). Pasal ape aku cakap dia ni stalker? Sebab dia tak follow aku tapi selalu baca blog aku. Yang lagi tak best nye dia ni just tinggalkan comment2 tak membina saje kat sini. Komen yang membengkakkan hati dan menyakitkan mata. Haha pasni aku nak letak comment approval lak ar.


Alahai bang..kalau setakat nak mengkondem orang lain sedangkan diri sendiri pun tak betul, tak usahlah nak susah2 buka blog aku, bek hang pi jimat tenaga hang g buat benda lain lagi bagus. Berfaedah la jugak. Kalau takat macam hang ni aku pandang sebelah mata jela. Hang bukan baguih pun. Ini blog aku, suka hati aku nak tulis apa. Kalau agak2 terasa tu pegi mampuih hang. Lagipun aku tak pernah wat entry berkaitan hang atau sapa2. Tak payah nak perasan lebih. Tu lah akibat kalau kurang bijak, selalu benar salah tafsir, pastu sibuk nak jaga kain dan cari kesalahan orang lain sedangkan kain sendiri pun terlondeh dan tertinggal lebih kurang 100 meter. Hehe (best tak ayat aku??).


Macam ni lah bro. Get your life. Aku tak sibuk kisah hang, hang tak payah nak sibuk hal aku. Yang paling penting sekali, walau ape sekali pun kau buat, ada aku kisah? aku tak rugi walau sesen pun. Bukan kau yang bagi aku duit untuk aku makan. 


Ok sekian kisah aku di bahasa utara (padahal cakap hang je pun).


Jumpa lagi di next entry.




p/s : Tak suka orang suka bajet bagus ni, kalo betul2 bagus takpa. Adeh...




    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...