Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Nama singa tapi perangai macam ulat gonggok !!

Macam chelaka !


Tu je perkataan yang tersembur keluar dari mulut aku masa tengok game Malaysia vs Singapore tadi.. banyak sangat lakonan tak munasabah dari player singapore.. bak kata usop wilcha , "Nampok beno nipu nyer..."

Nampak beno nipu nyer!

Kata singa, tapi macam ulat gonggok !!(kalo tak tahu ulat gonggok sila google ye)!! Kene touch siket dah bergulung-gulung kat tengah padang tu.. Bikin panassssss jer !


Tapi satu hal lagi, cara defender bermain pun agak menyakitkan hati aku.. Eh, kamon laa !


Tapi takpe, bak kata post-post kebanyakan orang di FB, Harimau Malaya tetap di hati !


Auuummm !! Roarrr !! Grrr !! (sume bunyi ada)

Orang lain demam bola, aku demam betol2 !!

Wah rasa nikmat pulak lepas baik demam ni. Boleh lah buat aktiviti seperti biasa.. Kalo tak masa demam ni dok berselubung dalam selimut jer.. Bak title entry aku kali ni "Orang lain demam bola, aku demam betol2"


Bagi peminat bola, mesti tertunggu-tunggu perlawan antara Harimau Malaya vs Singa-puff. Tak perlu laa nak eksplen lebih2.. dah tahap muntah2 dah.. berlambak kat blog lain..

Tapi bagi aku, memang perlawanan kali ni agak luarbiasa suasana nya.. The best word to described it, BERSATU !



Walaupun aku tak berape die-hard-fan kat player2 Malaysia berbanding player luar negara yang top meletup macam Lionel Messi ke CR ke rooney ke, tapi this one memang mendebarkan.  tengok kat rumah pun jadi la !!


Spesis Harimau Malaya Paling Comel Ditemui


Go Go Harimau Malaya. Auummmm !! Roaaarrrr !!! Kuekk2 !!!! (??)

Akibat insiden penyokong Malaysia menge- BOOOO sama itu Yossi Benayoun pemain Chelsea


CHELSEA telah menghantar surat aduan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung gangguan berbentuk perkauman terhadap pemainnya, Yossi Benayoun pada aksi persahabatan menentang Pilihan Malaysia di Kuala Lumpur minggu lalu.
Pemain Israel itu diejek dan disiul oleh penyokong-penyokong tempatan sepanjang berada di atas padang pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu.
Chelsea pada mulanya tidak membuat bantahan segera selepas perlawanan kerana mereka tidak pasti apakah punca sebenar Benayoun diberikan layanan tersebut.
Namun mereka kini membuat keputusan untuk menghantar aduan tersebut setelah mendapat gambaran sebenar daripada para penyokong Chelsea di negara ini tentang insiden tersebut.
“Kami ingin mengesahkan bahawa kami telah menghantar surat aduan rasmi kepada FAM berhubung layanan buruk diterima Benayoun pada aksi Khamis lalu (21 Julai).
“Biarpun tidak membabitkan keseluruhan penonton, kebanyakan mereka pada malam tersebut melakukannya. Kami percaya Benayoun menjadi sasaran sebahagian penonton kerana isu anti Yahudi,” kata kenyataan Chelsea awal pagi tadi.
Tambah kenyataan itu lagi, tingkahlaku para penonton tersebut telah menyinggung perasaan pemain itu dan langsung tidak boleh diterima dalam sesuatu perlawanan bola sepak.
“Setelah mengambil masa untuk menimbang segala sudut berhubung isu ini, ternyata satu aduan rasmi perlu kami lakukan.
“Sepanjang berada di Malaysia, secara keseluruhannya kami telah mengalami satu pengalaman yang cukup positif untuk jelajah pramusim ini.
“Namun agak memalukan apabila sikap segelintir penyokong ini menjadikan ia turut terpahat dalam memori kami,” jelas kenyataan itu. 

artikel daripada mynewshub.my


p/s : kesian ko benayoun..tak pasal2 ko kene boo pasal ko orang yahudi..no komen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...