Showing posts with label Seram tak sejuk. Show all posts
Showing posts with label Seram tak sejuk. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Bulan puasa pun masih ada yang kene rasuk. Camne tu ??

Cuti minggu yang lalu aku ambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Sebab nak meraikan berbuka puasa bersama family yang terchenta. Terharu aku. Kepulangan aku seakan-akan disambut dgn penuh gilang gemilang. Meriah sebab lauk-pauk berbuka yang memang superb. (padehal mmg tiap2 ari camtu). Saje nak tacing lebeh..


Lepas tu aku pergi sembahyang tarawikh dengan ayah. 
"Ayah, kite pergi asing ye.." 
"Eh apesal?"
"abang nak semayang lapan jer"

"Oh ko naik la kete tu. ayah naik kete lagi satu"


Selesai semayang lapan, aku pulang ke rumah. Rancak betul adik-beradik plus mak aku sekali berborak (maklumlaa sume nyer perempuan).Rupe-rupenye kisah berkenaan anak sedare kepada pak ngah belah mak tiri belah atuk ipar aku yang mengalami kerasukan. Penyakit keturunan ni.. dulu mak dia.. bla bla bla.. rasa panas kat dada.. tak sedar.. hantuk kepala kat dinding.. bla bla bla.. nak serang suami sendiri.. bla bla bla.. bila dah sedar tak ingat apa-apa..


Lebih kurang macam itu lah cerita nya..


Selepas mendengar cerita itu aku serta merta mengaplikasikan teknik critical thinking, brainstorming , mind mapping, dan macam-macam -ing lagi, berfikir bagaimana dalam bulan puasa yang mana syaitan semuanya diikat, masih ade yang dirasuk. 


"Ini mesti saka ni.. eh bukan2.. ni belaan ni.. ntah la.. jin kot.. tak pun ceplos." Desus pemikiranku. Entah lah. Aku bukannye tahu sangat benda2 alam ghaib ni. kang aku memandai2, aku plulak yg kene sawan babi nanti kang.


Ape-ape pun, aku harap individu yang terkena tu, sembuh dari penyakit beliau. Banyakkan berdoa kepada Allah. Sebab walau betapa kuat nya makhluk yang merasuk itu, dia tetap hamba Allah. Sekian.

Friday, June 17, 2011

Antara mastika, jin dan lipas.

Kisah ini bermula ketika aku sedang khusyuk membaca majalah mastika keluaran bulan berapa ntah.. Keluaran kali ini contentnya lebih kepada kisah2 alam ghaib seperti alam jin..Sedang aku khusyuk membace, tibe2 perut aku meragam dan dgn kadar yang segera, aku mencari 'tempat pembuangan hasil' atau bahase mudahnye toilet.

Maka dengan kelajuan top speed aku meluru masuk ke toilet. Akan tetapi, aku ternampak kelibat seekor makhluk. iaitu lipas. Aku pun cuba menghalau lipas tersebut dgn menge'aim' lipas tersebut dgn air paip. 

Lipas tu mengelak kekiri kanan ibarat lipas kudung. Akibat melihat sikap tidak putus asa lipas itu, aku pun mengeluh dalam hati "Celake punye lipas, aku nk berak pun ko dah potong stim..."

Tidak semena-mena, lipas itu menyorok di blkg tandas (tandas duduk) dan aku pun meneruskan aktiviti menyembur air paip dengan harapan lipas itu terus masuk ke lubang air (biasa ada kt toilet tuu)..

Tunggu punya tunggu kelibat lipas itu tidak kelihatan lagi. Aku siap menundukkan kepale aku kebawah, tapi memang tak ade. Lipas itu lesap same sekali. Mustahil dia menyorok sebab aku dah jenguk beberapa kali kiri kanan depan blkg mmg tak ade.

Tiba2 aku teringat kisah jin dalam buku mastika yg aku baru bace td..jin boleh menyerupai pelbagai makhluk..dan aku teringat kisah yang agak popular..Kalau jumpa binatang malam2, tanye dulu "Kau jin ke malaikat ke binatang betol2??" 

Serta merta aku blah dr toilet tersebut dan pergi ke toilet di bilik member aku. Seraya membuang aku terfikir berkali2...apekah itu benar2 lipas...atau bukan lipas...atau....atau...bermacam2 atau bermain di fikiranku.

Sekian, kisah benar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...