Friday, June 17, 2011

Antara mastika, jin dan lipas.

Kisah ini bermula ketika aku sedang khusyuk membaca majalah mastika keluaran bulan berapa ntah.. Keluaran kali ini contentnya lebih kepada kisah2 alam ghaib seperti alam jin..Sedang aku khusyuk membace, tibe2 perut aku meragam dan dgn kadar yang segera, aku mencari 'tempat pembuangan hasil' atau bahase mudahnye toilet.

Maka dengan kelajuan top speed aku meluru masuk ke toilet. Akan tetapi, aku ternampak kelibat seekor makhluk. iaitu lipas. Aku pun cuba menghalau lipas tersebut dgn menge'aim' lipas tersebut dgn air paip. 

Lipas tu mengelak kekiri kanan ibarat lipas kudung. Akibat melihat sikap tidak putus asa lipas itu, aku pun mengeluh dalam hati "Celake punye lipas, aku nk berak pun ko dah potong stim..."

Tidak semena-mena, lipas itu menyorok di blkg tandas (tandas duduk) dan aku pun meneruskan aktiviti menyembur air paip dengan harapan lipas itu terus masuk ke lubang air (biasa ada kt toilet tuu)..

Tunggu punya tunggu kelibat lipas itu tidak kelihatan lagi. Aku siap menundukkan kepale aku kebawah, tapi memang tak ade. Lipas itu lesap same sekali. Mustahil dia menyorok sebab aku dah jenguk beberapa kali kiri kanan depan blkg mmg tak ade.

Tiba2 aku teringat kisah jin dalam buku mastika yg aku baru bace td..jin boleh menyerupai pelbagai makhluk..dan aku teringat kisah yang agak popular..Kalau jumpa binatang malam2, tanye dulu "Kau jin ke malaikat ke binatang betol2??" 

Serta merta aku blah dr toilet tersebut dan pergi ke toilet di bilik member aku. Seraya membuang aku terfikir berkali2...apekah itu benar2 lipas...atau bukan lipas...atau....atau...bermacam2 atau bermain di fikiranku.

Sekian, kisah benar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...