Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Saturday, July 30, 2011

Godek2 gambar lama, terjumpa pulak gambar skandal lama !!

Waktu menunjukkan jam 2 pagi.. Tapi aku masih tak boleh nak lelap.. Jadi untuk menghilangkan rase bosan aku pun godek-godek laa gambo lame kat PC aku ni.. Ape yang aku jumpe adalah sangat memeranjatkan, Ohhh damn !! Gambar skandal lama !!


Alahai.. Bile tertengok balik gambar ni, teringat pulak kisah-kisah dulu.. Dulu, dulu punya cerita lah.. Sekarang dia dah jadi bini orang kot.. 


Once upon a time ago ~~~


Tempoh perkenalan aku dengan minah ni sekejap jer.. Masa baru-baru masuk UiTM ni.. Aku tengok dia ni ayu semacam jer.. dan dan lak bila tanya nama dia, dia cakap nama dia Ayu.. Peh !! Masin mulut betol laa aku ni.. Kena betol nama tu dengan dia.. Memang ayu abes !


Dari kenal-kenal macam tu jer, kitorang semakin lama semakin rapat.. Sampai member-meber kelas sume dah perasan dah.. Kitorang asik jalan same-same, study same-same, pegi library same, bak kata orang, berak ngan kencing jelah tak same-same.. Kalau same, lain jadinye. Hehehe..


Tapi masing-masing taknak pergi ke peringkat yang lebih serius.. Kami lebih selesa bergelar kawan baik.. Sampaikan family aku kenal dia dan same jugak family dia kenal aku.. memang sangat-sangat rapat.. Cume tak declare as kapel jer.. Malas nak komitmen lebeh2.. Bahagia kot camni jer, orang lain bila declare je hubungan tu terus jadi lain.. dah banyak unsur-unsur cemburu, marah dan macam-macam lagi ah.. Baik terus camni jer.. Tenang siket.. Tapi.... Tapi... 


Tapi kami terpaksa berpisah atas sebab family dia nak dia sambung course kat university oversea.. Sedih memang sedih.. Tapi apekan daye.. Masa depan lebih penting.. Dari situ lah kami dah tak berhubung lagi.. 


WUWUUWUUU sedih tak ?! takpelah.. itu kisah dulu.. Nak tengok gambar dia?? ke tak payah ek... takpelah, aku post jugak lah.. alang-alang dah cite panjang lebar ni.. Kalo agak-agak kenal or terperasan muka ni kat mane-mane, BERITAHU aku oke !


--------------------------


Ini gambar dia

Ini lah dia Ayu yang aku maksudkan.. Orang cakap sekarang dia dah feymes.. Orang panggil Ayu Raudhah.. Hmm.. Lantak laa..

p/s : Cerita di atas adalah satu rekaan yang melampau. Langsung tidak benar dan tidak berkaitan dengan hidup atau yang mati. Harap zaquan adha tidak marah dengan entry ini. Juga awek gua. Hehehe





Friday, July 29, 2011

Kisah ramadhan pertama aku yang LOL

Mesti korang ade cerite masing-masing kan, pasal zaman korang kecik-kecik berkenaan dengan bulan Ramadhan atau senang cakapnye, Bulan Puasa.


Aku start puasa pada masa aku tadika lagi.. 5 tahun.. Comel dan bergetah lagi.. Ape? Awal? Haa.. camtu lah cara bapak aku didik aku.. melentur buluh biarlah dari rebungnye..


Tapi memang banyak kenangan nyer.. jap2, nak ingat balik..


1. Nak mati !! Nak mati !!
First time aku berpuasa. Mula-mula elok jer.. Dah sampai tengah hari ke atas, aku dah mula mengelupur. Berguling-guling aku kat lantai. Pasal nak sejukkan badan yang kepanasan.. Tak cukup dengan itu, pada waktu mandi dan amek wudhuk, aku telan air paip seboleh mungkin. Lantak laa rase klorin ke payau ke.. 


Pastu bila dah petang, aku dah start menjerit "Nak mati !! Nak mati !!" Menandakan bahawa betapa seriusnya kelaparan aku mase tu. dengan harapan bapak aku datang sumbat nasik ke mulut aku pastu simbah aku dengan air sirap..


Tapi harapan tinggal harapan, berguling sorang-sorang laa aku kat lantai sampai waktu berbuka.. Suara pun dah takde dah nak menjerit.. Hehe


Dahtu bila berbuka, tak menyempat nak sumbat semua dalam mulut.. Seolah-olah aku seorang rakyat Afrika yang dah 3 hari tak makan dan kemarau air.


2. Curi-curi makan
Yesszzaa.. Ini memang common la.. tak payah nak tipu aku laa, nak cakap korang tak pernah curi-curi makan.. Pui!! 


Hehe paling best bila ada peluang, roti dalam beg sekolah aku cubit sedikit demi sedikit masuk dalam mulut.. Kalau ade orang lalu pun, aku buat muka statik, mulut tu jangan bagi bergerak seinci pun.. nak cover bagi jangan nampak tengah mengunyah.. Bodoh doL !


Tapi dulu laa.. Sekarang ni sumpah takde curi-curi makan.. Heee ^_^


3. Tengok member tak pose makan eskrem depan-depan.
Masuk je sekolah rendah, ramai lagi yang belum start pose.. So memang diorang dengan muka innocent nye membedal depan aku.. Yang aku paling tak boleh tahan, eskrem yang dalam plastik panjang-panjang tu.. ada kaler merah, kuning, hijau, biru.. Pehh mahu menangis dalam hati gua ! Naseb baik budak kecik, kalo tak aku dah bagi backhand dah.. 


4. Upah puasa RM1 per day
Janji-janji manis ditaburkan oleh bapak aku untuk menyemarakkan lagi semangat aku berpuasa.. Masa tu memang berkobar-kobar laa.. sehari = RM1, 30 hari = RM30 !! Wah, aku orang paling kaya kat dunia !! Gesa hatiku yang pada waktu itu rase RM30 dah macam 3k sekarang.. Hehe


5. Solat Tarawikh
Ni tak payah cerita la.. Aku dah rasa macam buat tawaf kat Mekah dengan cuaca terik.. 20 rakaat FULL tuuu !! Dulu kecik-kecik, nak taknak kena pergi dan balik sekali dengan bapak aku.. Yola dulu mane laa reti nak bawak motor sendiri.. Kalau tak cukup je 8 rakaat, terus berdessup !


Nice kan kenangan-kenangan kite semue mula-mula berpuase.. Sampai sekarang still ingat.. Tapi yang aku hairan, ramai je muda belia macam aku sekarang ni, TAK PUASA ?! ke memang  tak start2 dari kecik lagi ?? Ntah la.. musykil2..

LOL Apsal Laa aku Lurus BenduL !?

Masa aku kecik-kecik, seriously aku memang bendul gila. Lurus bendul. Banyak benda yang kawan-kawan aku tipu aku percaya, and mostly bodoh nak mampus kalau percaya. Tapi aku percaya! Tapi takpe laa, mase tu kecik lagi kan.. kira innocent laa.. hati suciiiiiii.. hehe.. salah satu nye ialah;


1. Kalau nak kebal: masa nak berak, jangan kencing.
Serius bodoh. Aku cuba punya lah cuba, ...mana boleh ! Buat sakit pundi kencing aku jer! Kalau aku ingat la sape yang tipu aku ni, memang aku kencingkan die time die berak. damn !!


2. Kalau nak kuat kena bertapa.
Ada sorang kawan aku tu belajar silat. Dia cakap kalau nak kuat kena bertapa sorang-sorang kat rumah. Jadi masa kat rumah takde orang, aku pun try laa buat pertapaan. Lama-kelamaan, aku cuma rasa aku semakin bodoh bila duduk diam tak buat apa-apa selama lebih kurang beberapa jam. Eh, bodoh la !


3. Sotong kurita.
Akak aku beritahu yang kaki dia kena tarik dengan sotong kurita masa kitorang sekeluarga mandi di sebuah pantai. Tapi aku tak perasan perkara itu berlaku. Masa tu excited aku tanya macam mana bentuk sotong tu, besar ke tak.. sakit ke tak.. Dalam lebih kurang dua tahun kemudian baru akak aku beritahu yang cerita tu tak benar. Loser ! 


4. Awan redup ketika cuaca panas.
Korang perasan tak kalau cuaca tengah panas, ada sesetengah area kecil yang redup, maksudnya ada awan kecil yang mem block cahaya matahari tu. Dulu kawan aku cakap, masa naik basikal, kejar laju-laju awan tu (awan tu bergerak).. Kalau kita dapat masuk area redup tu, kita akan masuk ke dimensi lain ! Aku cuba banyak kali, memang takde ape-ape. Mase tu aku sedar yang ini semua hanya dongeng tongeng. Puii !




See ?? nampak tak kesucian hatiku semasa kecil telah dirobek dengan penipuan yang tidak berhemah.. Hehe tapi tu dulu lah.. Sekarang ni mau kene penampar silang dengan aku.. 




p/s: Kalau teringat balik rasa sedikit jahil.

Wednesday, July 20, 2011

English anda broken !!

Lega aku lepas presentation tengah hari tadi.. Punya lah berdebar-debar tunggu lecturer.. tapi present nye tak sampailah 20minit.. suspen je lebeh..


Aku punya risau lah.. sebab english aku mmg broken tahap kaca retak seribu.. tapi aku kuatkan jua mental untuk meyebut tiap-tiap perkataan walaupun bersepah.. hahaha..


Akhirnya.. done! ok baju dah boleh tarik keluar.. tak payah nak tied in sangat lahh bro..

Macam mane ek nak bagi english kite tu flueennnnt je.. dengar pun sedaaaappp je.. tak macam rasa naik roller koster.. Camne ek ??




Thursday, July 14, 2011

Kenangan aku dan si Puteh...

Yer..Hujan masih renyai-renyai di luar sana..Kalau orang johor panggil gerimis..Kalau kelate pula, hujan rintik-rintik...tak kisah lah, sama je pun semua tu...


Hujan sebegini membuat aku terimbas kembali zaman-zaman kecilku..aku mempunyai seekor kucing yang aku panggil Puteh..Puteh seekor kucing yang aktif dan manja..aku menemuinya di belakang rumah ketika aku menyidai baju..

Peliknya, Puteh seakan-akan menganggap aku tuannya pada kali pertama berjumpa..sangat manja..dan langsung tidak rasa takut kepada aku..sejak dari itu aku akan menunggu Puteh di belakang rumah dan memberinya makan..



Semakin lama, Puteh semakin rapat dengan aku..sehingga duduk di dalam rumah..tapi Puteh tak pernah kencing atau berak di dalam rumah..malah yang aku hairan, Puteh pandai mengejutkan aku bangun tido dengan mengigit telinga aku..setiap kali jam 5 pagi..Itu yang membuatkan aku lebih sayang kepada Puteh..


Malah, pernah satu hari aku sedang menyidai baju, tiba-tiba datang seekor ular yang sederhana besar ke arah aku..aku yang ketika itu masih kecil agak panik dan ketakutan..mujur datang Puteh membelasah anak ular itu sehingga lari anak ular itu menuju ke semak samun..Terima kasih , Puteh..


Tapi suatu hari, ketika aku pulang dari sekolah, dalam suasana hujan renyai-renyai, aku ternampak sebujur tubuh terbaring di depan rumah.. Ya Allah!... Puteh aku lihat kaku tidak bergerak dan buih-buih terkeluar dari mulutnya.. Pada masa itu aku sedar aku telah kehilangan sesuatu yang sangat bermakna bagi aku.. Aku yang masa itu masih kecil mengangis tak henti-henti sampai mak memujuk aku dan ayah pula menanam Puteh di belakang rumah..


Sejak dari hari itu, sampai lah sekarang, bila aku sudah dewasa, kadang kala aku akan teringat Puteh apabila hujan renyai-renyai begini..aku takkan melupakan kau Puteh, walaupun sekarang di rumah aku memang banyak kucing-kucing lain, mereka tak sama dengan kau....




Sekian, cerita Abu kepada Kassim di kedai kopi. Tiada kaitan dgn aku. 
dan sebenarnya aku masih tidak gerak ke tempat kerja kerana hujan ini. Sekian.





Thursday, July 7, 2011

Yang penting, Hati !

Di tempat aku bekerja, aku selalu melihat para pekerja kontraktor binaan yang rata-rata sudah berumur. Tapi, mereka mampu membuat kerja-kerja berat seperti menukang dan sebagainya. Memerah kederat yang aku pun tak pasti berbaloi atau tidak bayarannya. Kasihan aku tengok seorang pakcik yang agak sudah tua sibuk menukang kayu di bawah terik matahari.

Lalu aku berfikir, orang lain duduk bersenang lenang dihujani udara 'air-cond', goyang kaki di pejabat, mampu mendapat pendapatan lebih dari kerja berat yang pakcik tu buat. Betapa tidak adilnya nasib yang menimpa pakcik itu. Kuat hati aku bertanya, cukup ke gaji pakcik ni nak menampung keluarga beliau?

Lalu pada waktu rehat, aku pun menegur pakcik tu "Pakcik, larat lagi eh buat kerja.. Apa rahsia?"

Dan pakcik itu menjawab "Hati. Yang penting, hati.."

Huh,Hati?

Lalu aku perhatikan lagi cara pakcik itu bekerja. Langsung tiada tanda-tanda merungut. Padahal cuaca panas dan kerja yang dilakukan memang berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Tiba waktu solat, aku pun pergi ke surau berhampiran. Aku ternampak pakcik tadi sedang solat sendirian. Solat tepat pada waktunya. Apabila habis solat, pakcik itu menegur aku, "Bagus, muda-muda lagi dah jaga solat..ingat, di dunia ini jasad kita tubuh, di akhirat nanti jasad kita roh kita..macam tubuh kita, kita perlu makan..untuk roh kita perlu ibadah" katanya sambil menunjukkan tubuh beliau yang kurus dan berkedut.

Tiba-tiba aku seakan faham akan maksud dia sebentar tadi... Ya,Syukur.. Itulah yang penting. Walaupun kita nampak macam pekerjaan pakcik ni takkan cukup untuk hidup pada zaman sekarang, tapi atas dasar kesyukuran, beliau langsung tak risau pasal tu semua. Sebab beliau yakin, Allah akan menolong hambanya yang bersyukur.

Dan, ikhlas. Sifat ikhlas yang menyebabkan dia mampu untuk menunaikan tanggungjawab beliau untuk menyara hidup. Ikhlas menyebabkan dia langsung tidak merungut dengan ketidakadilan yang menimpa dirinya. Malah, dia mampu untuk bersyukur.

Apabila aku fikir kembali, adakah aku mampu bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini? Apakah keikhlasan wujud dalam hati aku?

Sama-sama kita fikirkan sejenak..

Wednesday, July 6, 2011

Apa nak buat bila gaduh dengan pasangan anda?

Salam 1Malaysia. Perhimpunan Bersih 2.0 adalah perhimpunan haram! (Acah je, aku bukan politician).


Sekadar selingan. 


Suka hati anda lah nak pakai baju kuning ke oren ke. Terpulang. Masing-masing punya pendapat. Cuma jangan menyusahkan orang lain, sudah. Boleh?


Apa nak buat bila gaduh dengan pasangan anda? Apakah langkah-langkah paling bijak apabila berhadapan situasi seperti ini?


Ada sesetengah orang, ambil langkah mudah. Clash. Cerai. Selesai masalah. Tahukan anda cara ini kurang bijak? Sebabnya, akibat selepas itu lebih parah dan menusuk kalbu.


Bagi aku, cara lebih bijak ialah, bagi ruang untuk kita dan pasangan kita berfikir. Maksud, kalau kita bergaduh, berhenti contact each other buat sementara. Tak kira la sms ke mms ke call ke video call ke. Tapi jangan lama. Cukup la beberapa minit, just untuk redakan kemarahan yang membuak-buak tu. Faham?


Pasal apa? Kalau kita tengah marah, and still sambung berkomunikasi, akan berlaku tuduhan/makian antara satu sama lain secara continuosly, secara tak langsung akan membuatkan keadaan lebih teruk. Worst. Last-last, berlaku perkara yang tidak diingini.


Marah bebenor gamaknye.


Lagi satu, latihlah diri kita untuk memaafkan. Jangan nak keras kepala sangat. Batu. Tak payah nak poyo-poyo egois la. Kalau tengah marah, ingat satu petua. Tarik nafas panjang-panjang. Cuba untuk senyum. Ini bukan teknik yoga Sai Baba. Jangan risau.


Lepas dah tenang, cubalah untuk pujuk pasangan anda. Tak kira lah anda lelaki ke perempuan ke. Tak salah memujuk, kan? Tak payah la nak cakap "Pliss...pujuk memujuk ni orang laki punya peranan..". Macam bodoh pemikiran. Kena tinggal, padan muka kau.


Yang aku selalu amalkan, tido. Yer, tido merupakan the best temporary problem solver. Bagi aku lah. Pasal aku lepas bangun tido je, dah lupa apa yang digaduhkan sebelum ni. Tak pun, buat-buat lupa. Apedehal. Semalam, semalam punya cerita la =p


Paling penting, terima pasangan anda seadanya. Fahami dirinya. Kalau anda berjaya melakukan ini, Insyaallah ape pun yang berlaku, dapat diatasi.


Sekian, doktor cinta tidak bertauliah memberi pandangan. Terima kasih.







Sunday, July 3, 2011

Ban this coffee!

Bengang aku! Gile dowh kopiko coffee ni. Buat aku takleh tido. Sekarang 3am dan esok aku kene kerja. Ban this coffee boleh?


Sunday, June 26, 2011

Kau budak apa??

Hobi. Setiap orang ada hobi masing-masing. Uniknya hobi ni, ia boleh menjadi identiti bagi kita. Contoh? Macam kalau korang suka tangkap gambar. Orang akan panggil korang budak photographer. Kalau korang minat swim, budak swim itu akan menjadi identiti korang. Kalau korang minat motor, korang jugak akan digelar mat motor. Sama juga kalau korang minat hiking, maka, korang akan terkategori sebagai budak hiking secara automatik. Senang cerita, hobi boleh melambangkan diri anda.

Aku bagi korang satu situasi. Malam semalam aku pergi ke uptown shah alam bersama beberapa orang rakan. Niat memang nak jalan-jalan. Bosan duduk rumah. Bila sampai sana, sorang kawan aku ni asyik usha barang2 hiking. Nak heran apa, name pon budak hiking. Contoh, cam bag deuter, northface la ape bagai. Yang lagi sorang pulak, suka usha barang2 swim, cam swimsuit or sluar yang ala2 cam legging tu. Kiranya usha ikut interest masing2 la. Aku pun ikut tumpang enjoy diorang punya minat masing2. Seronok ambil tahu benda2 yang kita tak tahu.

Tiba-tiba aku terfikir, aku ni budak apa?? Aku ni takde specialized ke? budak belajar? Oh tidak. Budak game? Walaupun agak benar, tapi tak jugak. Blogger boy? Pun tak jugak. Aku bukan update selalu. Follower pun ciput. Tak rajin blogwalking. Jadi, apakah aku? Siapakah aku? Adakah aku masih mencari identiti sendiri? 

Jap2....biar aku remind balik ape aku buat tiap-tiap hari.

Pagi, pergi kerja kol9. Balik kerja kol6 petang. Balik kerja kadang-kadang aku bersukan. Joging. Takpun badminton depan umah. Takpun men timbang2 bola sorang-sorang. Kalau sume2 tu aku tak buat, maksudnya aku online jelah. Waktu maghrib kadang-kadang pergi surau. Tapi mostly kat rumah je. Pastu dinner, sama ada masak or makan luar. Siap dinner, online. Kalau habis bosan pun, main game. Pastu layan lagu ke movie ke, then tido. Dan berlaku repetasi perkara-perkara yang disebutkan di atas. Thats all.

Weekend? Memang takde aktiviti. Tengok movie. Bosan nak mampus.

Jadi siapakah aku? Aku membuat kesimpulan, aku adalah diri aku. Tak perlu menjadi seseorang yang lain. Tak perlu involve sana, involve sini, demi mencari sesebuah identiti. Biar ianya berlaku secara neutrally. Yes, aku seorang budak neutral. Sekian.


Saturday, June 25, 2011

Some L.I. matters

Ini merupakan sedikit sebanyak gambar yang dapat aku snap mase bosan2 kat factory. Walaupun orang sekarang cakap "Takde DSLR tak payah tangkap gambar, bro!", aku tak kira gak. Nak jugak. Hahaha.























Friday, April 15, 2011

Politik malaysia semakin rosak!

OKe aku seorang yg penat ketika menulis entry ini....

Kenape penat ko tanye??Mane tak penatnyer.minggu ni penuh dengan project submission dan ade la 2 test yang agak killer subjek.tak sompat den nak membaca aih..dongan kijo berlambok2 (bahase ape aku gune ni?)

Wednesday, November 24, 2010

DaSaR oRg xDe keJe


Cuti sem telah tiba....ade yg balik kampung.....ada yg lepak kt rumah sewa diorg je....ade yg pergi rumah mak mentua...hahaha...tp biase nye cuti sem ni student2 akan memanfaatkan dengan mencari fulus sbyk yg boleh..kerja la....sem depan xnak guna ptptn sgt.pui....hahaha...



meh sini aku share sket ape yg aku wat mase cuti sem....actually aku kerja dgn member aku punya abang...abang dia ni cm ada satu team company yg amek tender computer supply la....kira aku ni kerja sbg budak pasang komputer kt site2 diorg nanti lah....



ape yg aku nk share kt sini ialah bukan betapa seronoknya kerja pasang2 komputer...atau kuli angkat2 barang ke apa....tapi yg menarik perhatian serta melonjakkan adrenalin aku ini ialah keterbukaan mata aku terhadap sektor perniagaan...sebab sambil2 aku kerja aku ada amek tahu gak sedikit sebyk psl selok belok bisnes ni...dlm kes ni bisnes supply komputer ke agensi2 tertentu...kire team2 abg member aku ni aku leh spesifikkan sbg awesome ar...mmg awesome....sebab diorg dpt tender untuk supply PC untuk agensi kastam seluruh malaysia beb...bukan sng la der nk dapat tender kerajaan...sebab org semua mmg kejar2 tender2 kerajaan ni..sebab lumayan beb...haha



kaya woo...nak bagi senang calculation...aku bg contoh mudah la....ko anggap la satu PC ko untung rm500....dan ko supply kira2 4000 PC ke sluruh mlaysia....cube ko kira....rm500x4000...bukan ke 2 juta??itu baru bahagian PC...belom komponen2 lain....senang cerita...untung juta2 la....dan ko anggap la diri ko ade share 20% dlm company tu....so dlm satu projek juta ni...ko akan dapat lebeh kurang beratus ribu....untuk satu projek.....dan diorg ni berlambak2 lagi projek2 mnunggu.....tak ada kata-kata yang ingin ku ungkapkan selain masyukk~



hahaha so aku dan kwn aku pun adalah berangan2 sikit pasal bidang ini......tp yg mengikut haluan kitrg lah...dlm bidang chemical engineering.....bisnes.....haha...mmg btol lah sabda Rasulullah s.a.w. yg lebih kurang mcm ni mksudnya "9 per 10 rezeki adalah dalam perniagaan".......so xsalah kalau aku memasang impian dan vision untuk masa depan aku sendiri kan??hahaha....ok lah...sampai di sini saja....semoga kita semua akan menjadi insan yang sukses didunia dan akhirat...AMIN........



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...