Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Nostalgia raya 2011

Masih tak terlambat untuk saya mengewish Selamat Hari Raya kepada anda semua. Oh dan maaf zahir batin juga jikalau ada terkasar bahasa penulisan sepanjang saya ber blogging ini (panjang ke masalahnyer??)


First thing is, nostalgia tu ape doh?? main sebat je pick untuk title entry.. cam sedap je bunyi nye.. haha ;p


Ok.


Apa cerritaa raya anda ?? Masih dapat duit raya ? Bagi yang masih mendapat.. Untungg laaa.. hehehe.. saya pun dapat jugak. maklum laa, babyface (sangat)....hehe


Apa yang menarik sepanjang raya?


************

Ntah, macam takde je? haha.. tak delah..semestinye yang paling best ialah dapat bersame2 keluarga.. adik2 yang bermacam ragam.. jumpa sedara mara yang jenis kalau saya jumpa kat tengah2 bandar pun saya tak tahu tuu saudara saya.. haha thx to my bapak yang berusaha untuk memastikan kami tidak putus hubungan dengan saudara mara.. rugi wooo kalau terputus camtu jer...

Bagi saya yang best nyer bila dah besar ni, kalau dulu kecik2, saya cuma ikut je bapak saya bawak pegi mana2... ape lagi otw tuu mesti tidooo baik punya kat belakang.. tapi sekarang, dah besau panjang ni, saya lah pulak yang drive..bapak duduk sebelah tunjuk arah jer.. tapi meme seronok dpt bawak family jenjalan ^_^

Tapi yang tak bestnye ialah tak dapat duit raya banyak2 cam kecik2 dulu laa..huuu

Ok.

Start from today nak aktif ber blog balik lah.. maklumlah cuti kat kampung mana boleh update blog.. internet mana ada.. mandi pun pakai telaga lagi.. nak hidupkan api pun kene cari kayu api kat hutan ;p



raye di rumah atok.. nice ;)





Saturday, August 20, 2011

Antara Lagu dan Hari Raya.

Assalamualaikum !

Dalam kepala otak korang mesti ada tersimpan cas2 elektrik yang menyatakan korang ade satu (atau dua dan keatas) lagu kegemaran korang kan? Yang kalau korang dengar, korang boleh teringat kat boypren, ex boypren, ex fren, ex cikgu, ex kucing dan macam2 lagi ex. Senang cerita, kenangan2 lama korang.

Bile dengar je sesuatu lagu, serta merta korang cakap, "Oh, ini lagu aku".. bile dgr lagu lain pulak "Oh, ini pun lagu aku".. sampai orang cakap "Ye, tu sume2 lagu ko. mmg bapak ko yang cipta lirik, mak ko cipta melodi. ko tukang nyanyi jer."

Tapi memang betol pun. 

Lagu ni mmg boleh buat kite terimbau, teringat, tercetus memori, dan segala ayat yang berkaitan, akan tentang berkaitan (ayat serabut) kenangan2 kita dahulu. tak kisah la kenangan cinta ke, kenangan dgn kawan ke, dgn keluarga ke, dgn warden asrama ke.. ape2 je lah.. macam2 leh teringat.

Mungkin sebab tu la kite lebih sukekan lagu raye yang dulu2 punye. kan? kan?

Oh lagu raya yang dulu2 memang legend. Sayu kot mendengar. Teringat kecik2 dulu. Hari raya mmg paling heaven. Dah lepas berpuasa sebulan, raya pulak kumpul duit collection sape paling banyak antare sibling.

Antara taktik aku paling keji dalam mengumpul duit raya ialah, bila mak aku or makcik aku nak tukar rm10 dengan duit kecik (singgit2), aku cakap ada rm8 je. nak taknak diorg terpaksa rela gak tukar sebab duit singgit2 nak bg budak2 dtg rumah nanti.

Oh. What a nice memories.

Pagi2 esok aku nak bukak lagu raya kuat2 lagi. Bagi member aku yang balik kampung 29hb (sehari sblm raya) nanti sayu lebih. Haha. Aku takpe, isnin ni dah chow awal2.

Selamat Hari Raya. Ni kad raya aku buat pakai paint.



Bye. Pasni tak update blog dah. Kat kampung takde tenet. Mandi pun pakai air telaga.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...