Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Perkataan 'Ayahanda' tu aku yang letak dalam kamus dewan.

Isu penggunaaan istilah 'ayahanda' dalam filem arahan samsul yusof, 'KL gangster', sememangnya mencuri perhatian ramai. Yang aku peliknya, kenapa sesetengah persatuan itu perlu melenting? Adakah perkataan 'ayahanda' tersebut, mereka yang wujudkan dalam kamus dewanbahasa? Sampaikan mereka menuntut pihak-pihak tertentu meminta maaf secara terbuka? Siap bagi tempoh 10 hari? Dah macam gangster betol dah aku tengok. Padahal, mereka mendakwa mereka merupakan institusi yang memperjuangkan orang melayu. Hampeh. 

Kewujudan kumpulan ini memang sejak dari zaman aku bersekolah lagi aku dah tahu dari kawan-kawan. Kononnya mereka ni ada kod-kod tertentu. Cara bersalam pun ada caranya. Tapi malangnya, aku mengenali kumpulan ni bukan sebagai pembela nasib melayu, tapi sebagai kumpulan kaki pukul yang banyak 'mengenakan' orang melayu. Apa sudah terjadi?

Bila tengok melodi tadi, ada kupasan pasal isu ni, Dato Yusof Haslam dan 'ayahanda' tersebut berjumpa dalam satu media pres, dan dato sanggup meminta maaf walaupun pada mulanya dia berkeras tidak akan meminta maaf. Aku puji sikap dato kerana bersikap profesional. Bukan sebab dia bersalah, cuma dia taknak panjang lebarkan isu remeh macam tu. Tapi, aku malu dengan sikap sesetengah orang yang berbangsa melayu. Kononnya berpuashati sebab pihak produser dah mintak maaf. Puii.

Kenapa orang melayu cuma gah dalam bidang-bidang gangster macam ni? Kalau bab gaduh-gaduh, memang melayu nombor satu. Kalau bab dengki-dengki ni, memang paling terer sekali. Kadang-kadang bila tengok macam tu, rasa malu dengan bangsa lain. 

Kemon lah bangsa melayu. Banyak benda yang perlu kita lentingkan, tapi kita tak endah. Benda yang tak perlu kita lentingkan, di perbesar-besarkan bagai nak rak. Cukuplah melayu dikenali sebagai bangsa pemalas, pendengki, kurang bijak. Berubahlah.


Sunday, June 19, 2011

Minyak masak sebagai ganti minyak pelincir

Just share dari web ini


PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?


Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk keretamereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata:
"Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web

http://www.nordicgroup.us/oil.htm# The300 Mile Facts untuk maklumat
yang
sama. - Bernama

***Lepas ni tak laku le minyak sintetik....


Sunday, April 17, 2011

Buncit tetapi tidak gemuk itu seksi!!

Oke smlm aku men futsal bersama rakan2 taulan dengan cik bah (suami mdm mira) sekali ade..sehabis2 bermain futsal kami pon berborak..sedang berborak2 otw balik..mdm mira memandang aku len macam..pastu dia berkata 

mdm : "pong (nick aku), makin berisi eh skrg.."

saye : "berisi?tang mana?pipi?"

madam : "tak lah..tu perut tu!"

saye : "adeh!!"

ye..memang aku mengaku semenjak dua menjak ni, ramai tegur aku..bukan tegur aku pon, tegur perut aku..makin BERISI!! di mana ke'tough' an aku yg dlu!!? hahahahaa

dan secara kebetulan salah seorang rakan saya post something di FB berkaitan buncet..oleh kerana terasa diri ini di dalam kelompok2 sebegitu, aku pun dengan pantasnya membaca artikel tersebut..sapa2 yg rasa diri tu buncit jugak, sila lah baca post ni...mmg BENAR!!!

p/s: aku join group "buncit tetapi tidak gemuk itu seksi" di FB  XD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...